UNIT BEKALAN KUASA(POWER SUPPLY)



Apa gunanya bekalan kuasa?


Seperti yang sedia maklum, bekalan kuasa perlu untuk menghidupkan komputer seperti juga petrol untuk menjalankan kenderaan. Bekalan elektrik dinding tidak sesuai untuk sistem komputer yang memerlukan bekalan kuasa bateri. Datang unit bekalan kuasa untuk menjadi wira menyelamatkan keadaan. Bekalan kuasa untuk kornputer klon terbahagi kepada dua jenis iaitu AT dan ATX. la direka dalam satu kotak yang berasingan dari perkakasan komputer untuk memudahkan pertukaran sekiranya ada kerosakan. Jangan sesekali membuka unit bekalan kuasa semasa ia beroperasi. Kalau bekalan kuasa bermasalah dan diri kurang yakin, beri kepada juruteknik yang berpengalaman untuk menguji dan memperbaikinya. Fungsi bekalan kuasa komputer adalah untuk menukarkan voltan 240V AC (alternating current) kepada +5V, -5V, +12V, -12V, +3.3V dan -3.3V DC (direct current). Voltan-voltan yang pelbagai jenis itu disalurkan pada litar-litar elektronik untuk operasi. la juga membekalkan punca bagt mengstabilkan atau mengaktifkan komputer seperti 'Power good' dan 'Power supply On'. Prosesor Pentium 4 terkini memerlukan unit bekalan kuasa sekurang-kurangnya 300 watt dan datang dengan label ATX12V di atas kotaknya. Perhatikan keadaan ini jika hendak membeli unit bekalan kuasa secara berasingan. Ia juga dipanggil oleh para penjual komputer sebagai unit bekalan kuasa Pentium 4. Kelebihan bekalan kuasa ATX Output bekalan kuasa ATX mempunyai tambahan 3V untuk sesetengah litar-litar dalam papan induk ATX berfungsi, yang tidak ada pada bekalan kuasa AT.


(Power Supply)

Dalam setiap casing terdapat unit bekalan kuasa. Unit bekalan kuasa ini diukur dengan kekuatan kuasa atau dikenali juga sebagai watt. Formula kiraan untuk watt adalah P = IV, dimana P adalah Power (watt), I adalah Current (Amp) dan V untuk Voltan (volt). Kuasa setiap bekalan kuasa berbeza mengikut saiz casing. Semakin besar saiz casing, unit bekalan kuasa yang dibekalkan semakin besar. Ini kerana casing yang besar membolehkan lebih banyak peralatan dipasang ke dalam casing tersebut.

ADA 2 JENIS BEKALAN KUASA(POWER SUPPLY)




JENIS AT

JENIS ATX



















JENIS AT

Mempunyai sambungan kuasa P8 dan P9 untuk papan induk.Sekiranya ingin menambah sambungan kuasa, dapatkan adapter khas seperti dalam rajah C di atas. Sambungkan soket D ke plag B dan dua sambungan kuasa akan bertambah.



JENIS ATX

Sambungan-sambungan kuasa untuk papan induk jenis ATX berbeza dari AT. Suis kuasa pada kotak ATX dipasang terus ke papan induk.



FUNGSI BEKALAN KUASA

Fungsi bekalan kuasa komputer adalah untuk menukarkan voltan 240V AC (alternating current) kepada +5V, -5V, +12V, -12V, +3.3V dan -3.3V DC (direct current). Voltan-voltan yang pelbagai jenis itu disalurkan pada litar-litar elektronik untuk operasi. la juga membekalkan punca bagi mengstabilkan atau mengaktifkan komputer seperti 'Power good' dan 'Power supply On'.



BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM BEKALAN KUASA



Ada tiga bahagian operasi dalam unit bekalan kuasa iaitu transformer, rectifler dan filter.

  • Transformer: Ia menurunkan voltan 240V AC ke tiga cabang voltan iaitu 3V, 5V dan 12V AC. Voltan output masih dalam gelombang AC.
  • Rectifier: Ia menukarkan voltan 3V, 5V dan 12V AC ke DC tetapi masih kurang stabil iaitu ada gelombang halus sama seperti gelombang AC.
  • Filter: Ia menapis gelombang dan memberi satu arus DC yang bersih dan tidak bising untuk ketiga-tiga voltan.




Suis ON/OFF untuk jenis AT


PLAG SAMBUNGAN KUASA AT & ATX


Soket kuasa jenis ATX

Sebelah kiri berlabel P8 dan disebelah kanan berlabel P9

<bgsound src="Akon_-_Don_t_Matter.mp3" loop="1">